Pages

Wednesday 5 December 2012

bagaimana hendak khusyuk dalam solat ?

Assalamualaikum .
Entry kali ni bertajukkan Bagaimana Hendak Khusyuk Dalam Solat ? Banyak kelebihan yang boleh kita dapat apabila khusyuk ketika solat . Antaranya :-

1)Membantu sistem pernafasan dalam badan .
2)Memperelokkan pengaliran darah dalam badan .
3)Menghilangkan penyakit psikologi .
4)Menyembuhkan penyakit sendi-sendi .
5)Memberi ketenangan kepada jiwa .

Macam-macam cara yang boleh kita buat untuk khusyuk ketika solat . Antaranya jangan bergerak ketika solat . Nak dengarkan penjelasan ? jom tengok penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus .




Macam mana ? faham dah :)

Cara lain untuk khusyuk ketika solat ialah memahami maksud setiap bacaan dalam solat . Macam mana nak faham setiap maksud bacaan kita ketika solat . Mudah-mudahan video ini dapat membantu anda untuk memahaminya .




Macam mana ? paham tak . Insya-Allah . Allah akan tunjukkan hasil usaha kita ke jalan yang di redhaiNya . nak yang lebih jelas lagi ? Tekan di sini .
Itu sahaja yang Am ingin kongsikan dengan anda semua . yang buruk datangnya dari saya sendiri , yang baik datangya darpda Allah S.W.T jua .

SUMBER

Sunday 2 December 2012

Doa ringkas selepas solat .

Assalamualaikum :)
haih~ dah lama cuti sekolah , rindu pulak dengan geng-geng lain . hehe ;) 
okey ! kali ni gua nak kongsi dengan lu orang punya benda yang boleh bawa ke syurga .*amboi gengster !*
Masa solat zohor dekat sekolah , biasanya kitaorang solat berjemaah bersama-sama . Siapa jadi imam ? haaa~ Am la jadi imam . Alhamdulillah diberikan peluang untuk menjadi imam ketika itu :) Bila dah jadi imam , mestilah kene bimbing bacaan doa pulakkan . Pastu , adalah salah sorang makmum selalu tanya doa apa yang Am baca . Alhamdulillah , sekian lama cari dalam internet akhirnya jumpa jugak doa yang Am amalkan .
Jom sama-sama kita hayati . 






maksudnya :-

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
                                   Sumber: http://doaharian.blogspot.com



Alhamdulillah , setakat ni jelah yang boleh Am kongsikan dengan awak-awak semua . Amalkan la ye .
yang buruk datang dari kesilapan saya sendiri , yang baik datangnya daripada Allah S.W.T jua :)


p/s: maaf doa di atas tak berapa jelas .