Pages

Tuesday 6 November 2012

apa itu KEINSAFAN ?

apa itu KEINSAFAN ?

           Keinsafan datang daripada hati .Niat hati yang tidak mahu mengulangi lagi kesilapan kecil mahupun besar yang telah dilakukan oleh diri kita sendiri . Keinsafan mudah untuk diperoleh TETAPI hati kita sukar untuk menerimanya kerana dosa-dosa lampau masih lagi terpahat di hati .

          Keinsafan yang benar-benar hadir apabila air mata mengalir lalu segera mengambil wudhuk , menghampar sejadah , lalu melakukan solat sunat taubat dan disusuli dengan bacaan ayat suci al-Quran . Itu benar-benar keinsafan . Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita .

         Mungkin kita akan mempunyai keinginan untuk melakukan kesalahan lampau . Itu bermakna taubat kita diterima Allah yang Maha Esa . Kita kene menahan diri daripada melakukan perkara lampau itu . Itulah ujian-Nya untuk hambanya yang bertaubat .

        Itu je yang Am boleh kongsikan . Yang mana baik dtgnya dripada Allah s.w.t , yg buruk datang daripada kelemahan diri Am sendiri :)

p/s= kalau ada salah dan silap , tegurlah ye . Ini sekadar perkongsian sahaja .

No comments:

Post a Comment