Pages

Friday 16 November 2012

'fake relay' apakah ?

Assalamualaikum ^^
haa~ tajuk entry kali ni menjenggalkan Am siket .


                  APA ITU FAKE RELAY ?


apa kebendenyer tu ? huhuhu . kita ada tanya Dikna ape bende tu . Am sendiri tak paham apa yg Dikna terangkan dkat Am . hehehe . sorry~ mula-mula kita ingatkan benda tu cerita dongeng ke ape ke , tapi takde pon dekat wayang . Memang BLURRRR habis la . Dan sekarang dah tahu apa bende tu . Macam mana kita dapat tahu ape kobondo eh bende tu ? hahaha . Am tanya budak-budak futsal Am laaa . Kita masuk la gelanggang futsal , pastu tengok dorang tengah siap-siap nak pakai kasut . Kita pon tanyalah , "eh , FAKE RELAY tu ape?" hoho . sorang daripada tadi , dengan bangganya ckp "FAKE RELAY tu lebih kurang mcm budak yang kurang kasih sayang !" hahaha :D dari situ Am dah paham . Fake relay tu percintaan dongeng ataupun couple secara main-main hanya untuk duniawi sahaja . Paham tak ? alaaaa~ diorang nie mcm terdesak nakkan pasangan takut di ejek olek kawan yang lain . hehehe . rasenyer la . kalau tak silap mcm tu la . Tapi diorang tak ada perasaan suka sama suka hanya menempah nama sebagai "couple" SAHAJA .


haish ~ macam-macam dah terjadikan ? tanda-tanda kecil kiamat la tu , maksiat berleluasa . Bila "couple" tapi takde perasaan suka sama suka . Perasaan untuk melindungi antara satu sama lain tu tak ada . Ambil sikap acuh tak acuh je nanti . Jadi , pelbagai kemungkinan boleh berlaku tau ! Pahamkan maksud Am ? Lumrah manusia la ada perasaan cinta ni , tapi janganlah nak fake-fake bagai . BAHAYA .


Itu sahaja yang boleh dikongsikan , sape-sape yang ada fake relay tu pikir la elok-elok ye . Terutamanya LELAKI . Kalau ada salah dan silap , tegurlah ye :)

Tuesday 6 November 2012

apa itu KEINSAFAN ?

apa itu KEINSAFAN ?

           Keinsafan datang daripada hati .Niat hati yang tidak mahu mengulangi lagi kesilapan kecil mahupun besar yang telah dilakukan oleh diri kita sendiri . Keinsafan mudah untuk diperoleh TETAPI hati kita sukar untuk menerimanya kerana dosa-dosa lampau masih lagi terpahat di hati .

          Keinsafan yang benar-benar hadir apabila air mata mengalir lalu segera mengambil wudhuk , menghampar sejadah , lalu melakukan solat sunat taubat dan disusuli dengan bacaan ayat suci al-Quran . Itu benar-benar keinsafan . Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita .

         Mungkin kita akan mempunyai keinginan untuk melakukan kesalahan lampau . Itu bermakna taubat kita diterima Allah yang Maha Esa . Kita kene menahan diri daripada melakukan perkara lampau itu . Itulah ujian-Nya untuk hambanya yang bertaubat .

        Itu je yang Am boleh kongsikan . Yang mana baik dtgnya dripada Allah s.w.t , yg buruk datang daripada kelemahan diri Am sendiri :)

p/s= kalau ada salah dan silap , tegurlah ye . Ini sekadar perkongsian sahaja .