Pages

Sunday 2 December 2012

Doa ringkas selepas solat .

Assalamualaikum :)
haih~ dah lama cuti sekolah , rindu pulak dengan geng-geng lain . hehe ;) 
okey ! kali ni gua nak kongsi dengan lu orang punya benda yang boleh bawa ke syurga .*amboi gengster !*
Masa solat zohor dekat sekolah , biasanya kitaorang solat berjemaah bersama-sama . Siapa jadi imam ? haaa~ Am la jadi imam . Alhamdulillah diberikan peluang untuk menjadi imam ketika itu :) Bila dah jadi imam , mestilah kene bimbing bacaan doa pulakkan . Pastu , adalah salah sorang makmum selalu tanya doa apa yang Am baca . Alhamdulillah , sekian lama cari dalam internet akhirnya jumpa jugak doa yang Am amalkan .
Jom sama-sama kita hayati . 






maksudnya :-

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
                                   Sumber: http://doaharian.blogspot.com



Alhamdulillah , setakat ni jelah yang boleh Am kongsikan dengan awak-awak semua . Amalkan la ye .
yang buruk datang dari kesilapan saya sendiri , yang baik datangnya daripada Allah S.W.T jua :)


p/s: maaf doa di atas tak berapa jelas .

No comments:

Post a Comment